Tanggal 24 April 2018, telah berlangsung Ceramah ‘Pemakanan Sihat Persediaan Ramadhan’ oleh Imam Muda Arrazi. Program ceramah berlangsung di UUM, Sintok, Kedah. Seramai 64 orang kakitangan UUM telah hadir dan mendengar apa yang disampaikan oleh Imam Muda Arrazi.

Perkongsian oleh Imam Muda Arrazi harap dapat diamalkan semasa Ramadhan menjelang. Semoga Ramdhan yang bakal tiba mendapat barokah dan menjadi titik tolak dalam menjana kesihatan yang lebih baik melalui pemakanan.

Ceramah kesihatan ini adalah kerjasama Olive House Changlun dan Kelab Badan Amal dan Kebajikan Kakitangan Perpustakaan Universiti Utara Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *