Tanya Cikgu: Sembelit masih tidak berubah?

Updated: Oct 15

Isu sembelit adalah satu gejala kesukaran untuk membuang air besar dan isu ini sangat ironi dikalangan segelintir individu malah mungkin dari kaedah pemakanan harian yang tidak sihat. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan sembelit dan akan dikupaskan dibawah. Marilah tangani masalah sembelit ini agar kita dapat menjalani gaya hidup sihat dan cergas sepanjang hari.



Assalamualaikum warahmatullah

Mohon pandangan Cikgu Mimi berkenaan isu beliau.


Penyakit : sembelit

Gender : lelaki

Umur : 34 tahun berkahwin, anak 3)

Kerjaya : Guru

Pemakanan : Nasi putih biasa, makan bergoreng pun mkn, ayam dan kadang2 daging,tak lalu mkn ikan, tak makan junk food, banyak makan sayur dan minum air kosong, air bergula minum juga harian

Tidur : Kebiasaan 12 malam (kdg2 lbh 12 mlm)

Stress : Biasa

Penyakit lain : Tiada

Supplement lain : Minyak ikan (jarang2)


Penggunaan produk Olive House : 2 tahun mengamalkan Olivie30x (1 sudu setiap hari), baru beralih kpd Olivie Power Up (botol ke 3)



Jawapan:


Waalaikumussalam Warahmatullah


Kesukaran pembuangan najis boleh menyebabkan berlarutan kepada kes-kes lain seperti Diverticulitis (kebanyakan pada Orang Berumur), Irritable Bowel Syndrome (IBS) & Irritable Bowel Disease (IBD) juga boleh membarah menjadi Kanser.


TANDA & GEJALA

Kanser Usus berlaku Di Bahagian Usus Besar Di mana pada Bahagian Terakhir dalam Sistem Pencernaan dan Penghadaman Makanan berlaku.

Kebanyakan kes Kanser Usus ini bermula dengan kecil dan Benign (Bukan Sel Kanser).

Dikaitkan dengan Polyps, Pemakanan Harian yang banyak Sumber Berdaging & Berproses Tanpa Serat, Makanan Probiotic dan Air yang Cukup serta berkait juga dengan Ulcerative Colitis (Keradangan pada Usus Besar).


Kanser Usus ini boleh merebak ke bahagian organ lain apabila meningkat ke fasa lebih serius.


SIMPTOM

Antara simptom yang dihadapi ialah najis yang keras/sembelit atau kerap cirit birit, najis yang gelap disertai dengan berdarah, ketidakselesaan pada Abdominal dengan merasa Cramp, sakit dan disertai kentut, keletihan serta pengurangan berat badan yang mendadak.


Pesakit yang sudah alami sembelit dalam tempoh lama, jangan ambil mudah dan pandang remeh ya.


SOLUSI

InsyaAllah Pemakanan Harian yang Sihat dan Gaya Hidup Aafiyat akan bantu berhadapan situasi ini.


1. Kurangkan Makanan Berdaging (Lembu, Kambing, Kibas. Ayam adalah peringkat pertengahan).

Boleh digantikan juga dengan Sumber Ikan & Telur.


2. Perlu sangat rajinkan Diri Makan Sayur-Sayuran lebih dari Buah-buahan Untuk dapatkan Sumber serat.


3. Rajinkan Diri minum Air Masak / Putih.

Kurangkan Minuman Berpewarna dan Caffeine.


4. Kurangkan Makan Makanan berasaskan Tepung Gandum Termasuk Kuih Muih, Mee dan lain2.


Amalkan Secara Harian Untuk Minyak Zaitun.

Buat Minuman Aafiyat Setiap hari 2-3x sehari (Cuka Teen +Madu +Kayu Manis +Pati Delima).

Cadangan Minuman Aafiyat paling Asas Ialah Cuka Tin, Pati Delima dan Kayu Manis.


Boleh juga :

☑Amalkan buah Kurma Setiap hari. Nutrients yang sangat banyak di dalamnya mampu bantu hasilkan sel-sel sihat dan sebagai sumber serat.

(Pengamalan 7 biji kurma lagi baik).


☑ Bijirin seperti Oat juga baik untuk kesihatan usus.

Minum minuman Oat setiap pagi selepas ambil Minyak Zaitun.


  • Jangan lupa ditekankan aspek pemantapan Ruhiyyah.

  • Solat dengan cara yang betul, termasuk Rukun Fi'li, Perbuatan seperti Sujud dengan betul & terbaik adalah Bagus Untuk Kesihatan Usus.

  • InsyaAllah dengan pemakanan yang sihat serta ibadat harian sempurna, kesembuhan akan datang selepasnya.

  • Berdoalah, Dia Maha Menyembuh.

  • Rajinkan Bersedekah.




Credit:

Puan Nurshamimi binti Zulkefely

(Panel Nutrisi Olive House)


  • Puan Nurshamimi atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Mimi adalah merupakan penasihat kesihatan merangkap ketua nutrisi Olive House. Beliau bertugas sebagai ketua team Nutrisi OliveHouse, speaker OHU Marketing Sdn. Bhd.,perunding pemakanan sihat, juga pernah bertindak sebagai spoke-person Astro Oasis.

  • Berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang farmasi di hospital kerajaan dan swasta. Pernah menjadi jurucakap dalam program radio dan slot pemakanan sihat radio Perlis FM, Kedah FM, Mutiara FM dan Perak FM. Juga pernah mewakili OHU Marketing Sdn. Bhd. dalam slot pemakanan sihat di rancangan TV Astro Oasis & Bismillah Ad-Dhuha TV Al-Hijrah.

  • Beliau kini menjadi speaker jemputan untuk institusi tempatan seperti Universiti Sains Malaysia (USM), ceramah di sekolahsekolah, surau, masjid dan juga program kemasyarakatan.

  • Latar pendidikan beliau adalah Ijazah Sarjana Farmasi dan kini Diet & Nutrisi di RPA Holistic & Wellness Academy Sdn. Bhd. (Diploma & Ijazah).



#OliveHouseUtara #AafiyatLifeStyle #MudahnyaAafiyat #Sembelit


16 views0 comments

Recent Posts

See All