Minyak Zaitun, Sistem Imuniti dan Jangkitan


TAHUKAH ANDA ?


Terdapat pelbagai kajian yang mengatakan bahawa minyak zaitun bermanfaat sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi, anti-mikrob dan anti-viral?


Jangkitan / infeksi boleh berlaku dari pelbagai punca daripada virus, bakteria, parasit, kulat, dan lain-lain ejen pembawakan. Apabila tubuh badan terkena jangkitan, sistem imuniti badan akan bertindak balas untuk menangani dan melawan jangkitan tersebut.


Terdapat pelbagai sumber makanan atau ubatan yang membantu tubuh menjana lebih ejen yang boleh membantu sistem imuniti badan manusia. Antaranya adalah pati minyak zaitun yang mengandungi oleocanthal yang dapat membantu menyekat perkembangan bakteria.


Pati Minyak Zaitun juga mengandungi Hydroxytyrosol dan Oleuropein yang boleh membantu menyekat jangkitan virus.


“They were shown to inhibit the main viral fusing protein in human immunod eficiency virus (HIV)-1 target cells.”, Olive Oil Times.

Hydroxytyrosol juga mampu bertindak dalam menbantu menghalang perkembangan virus influenza.




Antara MANFAAT minum minyak zaitun ialah :

  • ANTI KOLESTEROL Keputusan positif dari pakar perubatan (kajian perubatan selepas pengambilan selama 2 bulan) menunjukkan:


Pengurangan kolesterol sebanyak 20% dari 2.75g/L kepada 2.27g/L . Pengurangan kandungan triglicerida sebanyak 30% dari 2.78g/L kepada 1.98g/L
  • MELAWAN HIPERGLIKEMIA DAN PENCEGAHAN KOMPLIKASI DIABETIS Selepas 2 bulan, kandungan glukosa didala plasma tikus-tikus diebetes yang dirawat dengan Hydroxytyrosol telah menurun kepada 55% berbanding tikus-tikus diebetes yang belum dirawat

  • ANTI PENUAAN

Meningkatkan biogenesis mitokondria (penuaan awal dikaitkan dengan mutasi mitokondria). Menggalakkan ekspresi protein-protein yang berkaitan dengan sel kardiak jantung (PBEF, SIRTs, FOXOs). Melambatkan penuaan sel-sel dan tisu dalam tubuh

  • MERAWAT PSORIASIS Dengan pengambilan minyak zaitun asli keputusan positif bagi 5 orang pesakit dimana hilang rasa gatal, sclerosis menurun dan kulit semakin lembut. Kajian klinikal dilakukan keatas 40 orang pesakit. Dos ialah 2 sudu makan setiap hari diikuti dengan kegunaan luaran (2-3 kali sehari)

  • ANTI MIKROBIAL EVOO bertindak sebagai anti bakteria terhadap sistem pernafasan dan sistem pencernaan (terhadap Haemophilus Influenza, Moraxella catarrhalis, Salmonella typhi, Vibrio parahaemolyticus, Staphylococcus aureus)


Sama-sama kita mengamalkan gaya hidup aafiyat





3 views0 comments