Sembang Korban: Apakah Kelebihan Ibadah Korban?

Pejam celik pejam celik, raya korban Aidiladha bakal kunjung tiba tidak lama lagi. Sudah tentu ramai umat Islam sudah tidak sabar untuk menyambut hari yang penuh kemuliaan dan ganjaran pahala yang melimpah dariNya di bulan Zulhijjah 1442H. Seperti yang kita tahu, ibadah korban merupakan amalan sunat yang sangat disukai oleh Rasulullah SAW di mana baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat baginda melakukan ibadah korban. Memandangkan ibadah korban ini mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan yang boleh memberi manfaat kepada diri , agama mahupun masyarakat di seluruh dunia.


Antara kelebihannya adalah:

  • Keampunan

  • Kebajikan

  • Darah Qurban


Saksikan Sembang Korban dengan tajuknya Apakah Kelebihan Ibadah Korban bersama Imam Muda Arrazi.


Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.

‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”(Hadis riwayat al-Hakim)


Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:

Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala. ‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Rujukan:

http://hambaliabdullah.blogspot.com/2013/10/kelebihan-dan-fadhilat-ibadah-korban.html



#OliveHouseUtara #SembangKorban #ImamMudaArrazi


7 views0 comments

Recent Posts

See All