Sembang Korban: Sport Rim Baru Atau Ibadah Korban?



Bertemu kita lagi dalam topik yang lebih hangat di bulan Dzulhijjah bulan terakhir di dalam kalendar Takwim Hijrah iaitu Sport Rim atau Ibadah Korban? Seperti yang kita sedia tahu ibadah korban adalah satu ibadah yang dituntut dalam syariat Islam bagi yang berkemampuan. berakil baligh, berakal dan merdeka iaitu dengan melakukan penyembelihan korban.



Menurut Imam Muda Arrazi, Surah Al-Kautsar antara surah yang paling pendek di dalam Al-Quran, melalui surah al-Kautsar ini terkandung pengajaran yang banyak dan tertinggi berkaitan tentang tiga perkara pokok iaitu tentang keterangan berkaitan kelebihan rahmat Allah dan pemberianNya kepada Nabi Muhammad SAW dengan mengurniakan kepada baginda kebaikan di dunia dan akhirat. Antara anugerah Allah SWT kepada Baginda adalah sungai al-Kauthar yang terdapat di dalam syurga yang indah. Dalam surah ini, Allah memerintahkan Nabi Muhammad SAW dan umatnya supaya menunaikan solat yang wajib mahupun sunat dengan penuh keihklasan hanya kerana Allah SWT. Setiap ketaatan terhadap perintah Allah dilakukan untuk mendapat keredhaanNya tanpa mensyirikkan Allah dengan yang lain.


Surah al-kautsar adalah surah yang ke 108 di dalam al-Quran yang bermaksud kebaikan atau membawa nikmat yang banyak. Surah ini hanya mengandungi tiga ayat sahaja dan diturunkan di Makkah dengan membawa pengertian tentang sungai di syurga.


Soalan 1

Apakah hukum melakukan Ibadah Korban?

Dalam Mazhab Imam Shafie adalah SUNAT MUAKKAD.


Soalan 2

Bilakah waktu yang dibolehkan menyembelih?

10, 11, 12, 13 Zulhijjah

Bermula pagi 10 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.


Soalan 3

Apakah perbezaaan Korban dan Aqiqah?

Aqiqah sekali seumur hidup tetapi korban adalah setiap tahun.

Menurut Hadis Abu Hurairah r.a,

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

"Sesiapa yang ada kemampuan dan kelapangan dan dia tidak buat sembelihan, maka jangan orang itu hampiri tempat solat kami"


Semoga sama-sama kita dapat mengambil manfaat di atas kelebihan dan kemuliaan di bulan Zulhijjah ini.


#OliveHouseUtara #SembangKorban

5 views0 comments

Recent Posts

See All