Tanya Cikgu: Bengkak Hati, Saluran Sempit dan Kaki Bengkak?

Updated: Oct 21




SOALAN

Assalamualaikum ada seorang patient dapat result bengkak hati. Saluran sempit dan kaki bengkak. Baru nak mencuba produk Olive House, apa yang patut saya sarankan untuk penyakit beliau?


JAWAPAN

Hati merupakan organ terbesar dalam tubuh badan manusia. Ia terletak bahagian rusuk kanan dan mempunyai berjuta-juta sel yang menjalankan beratus-ratus fungsi untuk tubuh badan manusia. Malah sukar untuk mengasingkan sebarang yang berkaitan tubuh yang tidak bergantung dengan HATI.


Antara fungsi-fungsi hati:


• Membantu Menstabilkan gula dalam darah

• Storage Glukosa dan Lemak yang akan ditukarkan kepada bentuk tenaga apabila diperlukan

• Menghadamkan lemak dan mengeluarkan cairan hempedu yang dipekatkan Di pundi hempedu

• Menyingkirkan pelbagai bahan toksik dalam tubuh seperti bahan kimia, alkohol, dadah dan ubat-ubatan;

• Menghasilkan bahan pembekuan untuk menghentikan pendarahan; dan

• Membantu pada penghasilan antibodi Untuk menentang virus dan bacteria.


Antara Sebab-sebab hati membengkak atau rosak :

• Jangkitan virus (Hepatitis, denggi dan HIV)

• Dadah

• Alkohol

• Bahan kimia, toksik dan ubat-ubatan


Jika dibiarkan, ia akan mendedahkan pesakit kepada situasi kronik lain dan seterusnya kanser hati


Antara Simptom-simptom awal bengkak hati:

• Demam yang berterusan

• Letih yang melampau

• Loya dan mual

• Hilang selera makan

• Sakit pada Bahagian sendi

• Penurunan berat badan secara mendadak

• Jaundis


Amalkan Gaya Hidup Aafiyat Untuk bantu situasi ini :


1. Elakkan Tidur Lewat,

Tidur Awal dan Bangun Awal, lakukan Ibadah Sunat Di Tengah Malam, Mohon Doa Dari Dia Yang Maha Menyembuh.


2. Lakukan Solat dengan Rukun Yang Betul pada Niat, Perbuatan dan Perkataan. Sujud dan Ruku' yang sempurna akan bantu kepada Kesihatan Lebih baik InsyaAllah.


3. Kerapkan Pengambilan Air Masak / Mineral.



4. Kurangkan dan Elakkan Pengambilan Makanan Berdaging (Lembu, Kambing dan Ayam). Gantikan dengan Protein dalam Ikan, Telur dan Sayur-Sayuran.



5. Amalkan makan minyak zaitun setiap hari, boleh juga ambil Olivie Plus 30x dan / atau OPU Untuk bantu Sel2 Di Hati dapat berfungsi dengan Lebih baik Serta bantu juga Proses Liver Detoxification.


6. Amalkan Air Bancuhan Sari Cuka Teen, Pati Delima dan Serbuk Kayu Manis juga untuk membantu Liver Detoxification.



7. Kurangkan/Elakkan Makanan Berproses, Berpeluntur dan Makanan Segera yang banyak Di pasaran Serta Minuman Berpewarna.


InsyaAllah didoakan kesembuhan segera dan kesihatan yang baik.

Mohon banyak2 pada Dia Yang Maha Menyembuh


Credit:

Puan Nurshamimi binti Zulkefely

(Panel Nutrisi Olive House)


  • Puan Nurshamimi atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Mimi adalah merupakan penasihat kesihatan merangkap ketua nutrisi Olive House. Beliau bertugas sebagai ketua team Nutrisi OliveHouse, speaker OHU Marketing Sdn. Bhd.,perunding pemakanan sihat, juga pernah bertindak sebagai spoke-person Astro Oasis.

  • Berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang farmasi di hospital kerajaan dan swasta. Pernah menjadi jurucakap dalam program radio dan slot pemakanan sihat radio Perlis FM, Kedah FM, Mutiara FM dan Perak FM. Juga pernah mewakili OHU Marketing Sdn. Bhd. dalam slot pemakanan sihat di rancangan TV Astro Oasis & Bismillah Ad-Dhuha TV Al-Hijrah.

  • Beliau kini menjadi speaker jemputan untuk institusi tempatan seperti Universiti Sains Malaysia (USM), ceramah di sekolahsekolah, surau, masjid dan juga program kemasyarakatan.

  • Latar pendidikan beliau adalah Ijazah Sarjana Farmasi dan kini Diet & Nutrisi di RPA Holistic & Wellness Academy Sdn. Bhd. (Diploma & Ijazah).



#OliveHouseUtara #OliviePlus30x #OliviePowerUp #SariCukaTeen #PatiDelima #CeylonCinnamon #BengkakHati

14 views0 comments

Recent Posts

See All