Tanya Cikgu: Kencing Manis dan Darah Tinggi hampir 20 Tahun Jangan Ambil Mudah!

Updated: Oct 6



Kencing manis dan darah tinggi antara penyakit yang sering dihadapi oleh masyarakat di Malaysia sama ada kerana faktor usia, keturunan atau tabiat pemakanan yang tidak sihat. Namun masih ada lagi orang yang memandang enteng dan mengabaikan nasihat yang sering dikeluarkan oleh KKM. Adakah anda tahu penyakit juga telah mencapai peningkatan yang tinggi di kalangan orang muda di zaman millenium ini? Malah sesetengah masyarakat juga tidak sedar akan kewujudan penyakit ini dan tanda-tanda awal diserang seperti sering kencing, haus, lapar, kelesuan dan penurunan badan yang mendadak. Jadi apa tunggu lagi, kita sangat digalakkan untuk sering menjalani saringan darah untuk lebih mengetahui mengenai penyakit yang anda hadapi.


Stay Fit, Stay Healthy!


SOALAN


1. Diagnosis Klinikal - kencing manis & darah tinggi (20 tahun)


2. Umur - 54


3. Jantina - perempuan


4. Pekerjaan - surirumah


5. Ubat2 an yang diambil -

Insulin jenis nova, dua kali sehari (pagi 22 unit), (malam 22 unit), insulin pakai buang.

Ubat darah tinggi tak ingat sebab anak letak dalam bekas and buang strip.


6. Jenis Produk Olive House yang Sudah diambil - belum


7. Cara Pengambilan Produk Olive House - tiada


8. Menu Makanan Harian Secara umum - nasi+sup+ikan


9. Pola Tidur - 2@3 jam sehari


* patient ni makcik saya actually. Due to diabetic kedua dua kaki di potong setahun yg lepas.


* susah nak makan sebab selalu rasa nak muntah. Hanya lalu makan sup kosong nasi 2@3 suap. Kalau selain dari sup bila makan mulut pedih walaupun tiada ulcer


* waktu pagi bila check sugar selalu tinggi 11 ke 15 tapi tak makan sebab sentiasa rasa tak lalu


* Malam tak boleh nak tidur sebab kedua dua peha selalu rasa sakit.


* buang air besar ok tiada masalah


⚠️ Apa product yang boleh dicadangkan untuk turunkan paras gula dan masalah tak lalu nak makan. Just to make her feel better and comfortable.


Terima Kasih.


JAWAPAN


MESTI AMBIL SARAPAN


Kalau tak Ambil Lunch Tak apa, Tapi SARAPAN sangat Penting terutama kepada orang yang Sudah ada Sejarah kesihatan tertentu. Mulakan sarapan dengan Minyak Zaitun 2 Sudu Besar & Minyak Habbatussauda 4-5 titis.

Akan bantu stabilkan Paras kolesterol dan Elakkan Oksidasi pada Tisu Lemak dalam Badan. Kandungan semulajadi dalam Minyak Zaitun & Minyak Habbatussauda juga akan bantu kepada Situasi Berkaitan Diabetes & Tekanan Darah Tinggi, saraf Serta bekalkan Tenaga (concentrated) juga. Vitamin E dalam MInyak Zaitun dan Minyak Habbatussauda juga bermanfaat untuk kesihatan saraf dan mata. Ambil Sarapan Jenis Roti Wholemeal dgn Telur atau Boleh juga Ambil Lempeng atau Pek Nga @ Wrap Gardenia Wholemeal bersama ayam Bakar / Telur Scrambled dan sedikit Timun). Sesekali teringin Nasi Lemak, Roti Canai atau Mee, Bihun atau Kuew Tiaw Goreng, Boleh Lah dimakan.(Kalau Jenis Makanan macam ni Jadi Menu Setiap hari akan meningkatkan lagi Risiko Kesihatan seperti Paras Kolesterol dan Gula yang Tinggi). Elakkan / Kurangkan Pengambilan Minuman Caffeine.



POLA TIDUR YANG LEWAT AKAN MENJEJASKAN KESIHATAN


Cuba juga utk Tidur sebelum jam 11.30 Malam. Jika berlarutan Tidur lewat antara Jam 2.30-4.00 pagi, banyak organ dalam Tubuh Badan akan terganggu Fungsi.






KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN BERDAGING


Sila Kurangkan Pengambilan Makanan Berdaging (Lembu, Kambing, Rusa, Kibas), Ayam adalah peringkat pertengahan dan lebih baik ambil Ikan & Telur Serta Protein Tumbuhan. Berhenti ambil Makanan Seafood seperti Udang, ketam dan Sotong Tinggi Yang Kandungan Lemak Tepu

dan akan meningkatkan Paras Kolesterol dan Gula dalam Darah.



ELAKKAN / KURANGKAN GULA PUTIH


Solusi utk rasa Manis dalam Makanan & Minuman - Gula Kabung, Gula perang Organik atau Madu Asli. Itupun, Bukan nak beri rasa manis sangat Tetapi bersederhanalah penggunaan.

Boleh ambil Madu Asli 1 sudu teh atau dibancuh bersama-sama Pati Delima dan Cuka Buah Asli.



KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN BERPROSES


Kurangkan Pengambilan Makanan Berproses (Roti Putih, Kuih-muih bertepung, Daging Proses - Nugget, Sosej dll Serta Makanan dalam Tin juga). Sodium & sugar hidden yang ada dalam Makanan Berproses Serta Dalam tin akan meningkatkan Paras kolesterol, Tekanan Darah dan Paras Gula secara tidak langsung. Beras Organik Perang

lebih baik daripada Beras Putih biasa atau Cari Beras Parboiled

atau Beras Yang GI rendah / sederhana seperti Beras Basmathi.




LEBIHKAN PENGAMBILAN SAYUR-SAYURAN

berbanding Buah-Buahan. Penting Peranan Serat utk tahap kesihatan yang lebih baik.






AIR MASAK KENA RAJIN MINUM


Kebaikan minum air masak:

  1. Meningkatkan tenaga kerja dan kreativiti

  2. Melambatkan proses penuaan

  3. Meningkatkan daya tahan tubuh

  4. Menguatkan fungsi jantung dan Menguatkan tulang

  5. Membakar lemak tubuh



DETOX


Detox Penting - toxin yang tersimpan dalam Tubuh Badan ialah dalam bentuk Fat, lebih banyak toxin, lebih banyak Jumlah Fat tersembunyi samada pada Liver atau Internal Organ dan Otot.

Resepi Asas Minuman Aafiyat :

- Air Masak / Putih

- Cuka Untuk flush out toxin (Boleh Cuba Cari Cuka Tin Olive House)

- Vitamin & Mineral utk Give Extra Nutrients (daripada Delima & / @ Madu Asli). Liver Detoxification Ini Amat Penting dilakukan Kerana banyak storage kat hati tu termasuk lambakan Wastage dan Toksin. Minuman sebegini Boleh dibancuh 1-2x dalam sehari. Pengambilan Delima baik untuk beri selera makan.



PUASA SUNAT


Puasa SANGAT2 la Terbaik utk Banyak Masalah Kesihatan (Jika Masih mampu puasa Sunat). Cuba dapatkan 1x Puasa dalam seminggu atau dalam Tempoh 2 minggu, dapatkan 1 hari berpuasa.






Kesimpulannya, cuba mula amalkan Minyak Zaitun, Minyak Habbatussauda, Cuka Tin, Delima & Madu. (atau paling asas lagi ialah Minyak Zaitun, Madu, Minyak Habbatussauda dan Delima).



Semoga diberikanNya kesihatan yang baik.

Banyak2 kan berdoa.



Credit:

Puan Nurshamimi binti Zulkefely

(Panel Nutrisi Olive House)


  • Puan Nurshamimi atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Mimi adalah merupakan penasihat kesihatan merangkap ketua nutrisi Olive House. Beliau bertugas sebagai ketua team Nutrisi OliveHouse, speaker OHU Marketing Sdn. Bhd.,perunding pemakanan sihat, juga pernah bertindak sebagai spoke-person Astro Oasis.

  • Berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang farmasi di hospital kerajaan dan swasta. Pernah menjadi jurucakap dalam program radio dan slot pemakanan sihat radio Perlis FM, Kedah FM, Mutiara FM dan Perak FM. Juga pernah mewakili OHU Marketing Sdn. Bhd. dalam slot pemakanan sihat di rancangan TV Astro Oasis & Bismillah Ad-Dhuha TV Al-Hijrah.

  • Beliau kini menjadi speaker jemputan untuk institusi tempatan seperti Universiti Sains Malaysia (USM), ceramah di sekolahsekolah, surau, masjid dan juga program kemasyarakatan.

  • Latar pendidikan beliau adalah Ijazah Sarjana Farmasi dan kini Diet & Nutrisi di RPA Holistic & Wellness Academy Sdn. Bhd. (Diploma & Ijazah).





#OliveHouseNorthernRegion #OliviePlus30x #BSO #MaduKrygyzstan #SariCukaTeen #PatiDelima #JusDelima #KencingManis #DarahTinggi



10 views0 comments