Tanya Cikgu: Rawatan Batu Karang mengikut "Quranic Food"!

Updated: Oct 20


Tahukah anda, ada banyak punca atau tanda yang menyebabkan penyakit batu karang ini?Malah ramai suka menasihati anak-anak terutamanya untuk mengamalkan air putih yang cukup untuk mengelak terkenanya penyakit batu karang di dalam hempedu. Hempedu adalah organ kecil yang terletak bersebelahan kanan hati. Ia berbentuk seperti buah pir dan boleh diibaratkan seperti sebuah kantung untuk menakung cecair 'bile' yang dihasilkan oleh organ hati.



Batu karang boleh terbentuk akibat daripada dehidrasi, paras bahan tertentu tinggi di dalam badan dan jangkitan saluran kencing secara berulang. Antara tanda-tanda anda diserang batu karang adalah:

  • Sakit belakang pada bahagian buah pinggang

  • Sakit ketika membuang air kecil

  • Terdapat pasir pada air kencing

  • Kencing sedikit dan tidak lawas

  • Darah dalam air kencing

  • Loya dan muntah


SOALAN


Assalamualaikum Cikgu Mimi,

Berkenaan penyakit Batu Karang, bagaimana hendak bantu rawat penyakit tersebut?



JAWAPAN


Waalaikumussalam wbt.

Batu karang ialah mineral keras yang terbentuk @ asid urik jenis hablur kecil / besar

yang tersimpan di dalam buah pinggang anda. Boleh menjejaskan mana-mana bahagian saluran kencing anda dari buah pinggang hingga ke pundi kencing. Kebiasaannya, batu karang terbentuk apabila air kencing menjadi pekat, menyebabkan mineral membentuk hablur dan melekat antara satu dengan lain. Menyebabkan rasa sakit teramat sangat apabila batu tersebut hendak dikeluarkan bersama-sama air kencing. Boleh dibantu rawat dengan pengambilan Air Putih sedikit berlebihan.


Functional Quranic Food



Minyak Zaitun


- Pain Killer Alami kerana mengandungi Oleocanthal yang bantu atasi kesakitan amat sangat

serta bantu rawat keradangan yang berlaku di buah pinggang & saluran kencing.

- Hydroxytyrosol dalam MZ juga akan berperanan pada mitochondria cell di buah pinggang untuk hasilkan peranan buah pinggang yang sihat serta nilai Hydroxytyrosol yang tinggi tidak menjejaskan langsung organ buah pinggang, terbukti melalui kajian saintifik.

- Hydroxytyrosol juga bantu rawat jangkitan kuman yang mungkin berlaku. Magnesium akan bantu pengeluaran batu karang & cegah dari berlaku pembentukan batu karang.




Jus & Pati Delima


- Serat yang tinggi akan bantu rawat & elak pembentukan kristal batu karang yang baru

- Antioksida yang pelbagai akan bantu rawat jangkitan kuman yang berlaku

- Magnesium, -Vitamin B6 akan kurangkan paras 'Calcium Oxalate' iaitu bahan semulajadi yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, coklat dan lain-lain. Hati juga hasilkan Oxalate. Apabila lambakan 'Calcium Oxalate' berlaku, maka membentuk kristal & menjadi batu karang. Jadi, Vitamin B6 akan bantu turunkan nilai 'Calcium Oxalate'

- Lambakan Vitamin & Mineral di dalam Jus Delima akan buang kotoran (flush out toxins) daripada tubuh badan termasuk batu karang.




Sari Cuka Teen


- Sifat asid dalam SCT akan neutralkan nilai Asid Urik di buah pinggang.

- Mineral yang pelbagai turut bantu rawat & cegah

- Asid Asetik Organik akan bantu rawat keradangan yang berlaku

- Campuran Madu Multiflora dan Sari Cuka teen untuk flush out toksid.


Sangat bagus berbekam & Akupuntur untuk cepatkan proses rawat & pulih.

InsyaAllah




Credit:

Puan Nurshamimi binti Zulkefely

(Panel Nutrisi Olive House)


  • Puan Nurshamimi atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Mimi adalah merupakan penasihat kesihatan merangkap ketua nutrisi Olive House. Beliau bertugas sebagai ketua team Nutrisi OliveHouse, speaker OHU Marketing Sdn. Bhd.,perunding pemakanan sihat, juga pernah bertindak sebagai spoke-person Astro Oasis.

  • Berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang farmasi di hospital kerajaan dan swasta. Pernah menjadi jurucakap dalam program radio dan slot pemakanan sihat radio Perlis FM, Kedah FM, Mutiara FM dan Perak FM. Juga pernah mewakili OHU Marketing Sdn. Bhd. dalam slot pemakanan sihat di rancangan TV Astro Oasis & Bismillah Ad-Dhuha TV Al-Hijrah.

  • Beliau kini menjadi speaker jemputan untuk institusi tempatan seperti Universiti Sains Malaysia (USM), ceramah di sekolahsekolah, surau, masjid dan juga program kemasyarakatan.

  • Latar pendidikan beliau adalah Ijazah Sarjana Farmasi dan kini Diet & Nutrisi di RPA Holistic & Wellness Academy Sdn. Bhd. (Diploma & Ijazah).



#OliveHouseUtara #OliviePlus30x #JusDelima #PatiDelima #SariCukaTeen #BatuKarang

13 views0 comments

Recent Posts

See All