Tanya Dr: 3 Serangkai; Jantung, Darah Tinggi & Kencing Manis !


SOALAN


Assalamualaikum, Dr. Mohon pencerahan daripada Dr dengan situasi ini. Didahului dengan ucapan terima kasih.

1. Diagnosis Klinikal : - Jantung, Darah Tinggi dan Kencing Manis. Berapa lama menghidap penyakit tertentu : Setahun dah mkn ubat2 ini selepas di kesan jantung dan dah masuk stend dan belon. - Ada sejarah kesihatan lain : Tiada

2. Umur : 64 tahun

3. Jantina : Lelaki

4. Pekerjaan : Persara

5. Ubat-ubatan yang diambil : Seperti dalam gambar.

6. Jenis produk Olive House yang sudah diambil : Tiada

7. Cara pengambilan produk Olive House : Tiada

8. Menu makanan harian secara umum : Waktu makan mcm biasa tapi kuantiti yang sedikit.

9. Pola tidur : Tidur selalu jam 10 mlm. Tapi bila dah terjaga malam susah nak tidur balik.


Mohon cadangan kesihatan dan amalan pemakanan untuk beliau.



JAWAPAN


Waalaikumussalam wbt.Kes ni merujuk kepada penyakit chronic.

Bila term chronic digunakan biasanya ia berkait rapat dengan lifestyle pesakit yang membawa kepada tercetusnya penyakit yang beliau alami sekarang.



Jelas dalam menangani penyakit ni. Utama untuk:


1. Lifestyle modifications ~ ubah Gaya hidup 2. Pengambilan nutrisi yang baik dan tepat 3. Penjagaan emosi / fikiran 4. Melazimi ibadah dan juga doa dalam memohon kesembuhan

Saranan untuk pengambilan makanan dan amalan yang boleh dilakukan

  • MinyakZaitun

  • Habbatus sauda

  • Cuka teen

  • Delima

  • Bekam

  • Puasa

  • Akupuntur


Selebihnya jaga pemakanan dan pola tidur. Mudah-mudahan ia tidak membebankan pesakit dlm mengubah Gaya hidup yang lebih sihat. Tentang ubat-ubatan yang ditunjukkan semua merujuk kepada ubat cair darah, ubat darah tinggi dan juga ubat kencing manis. Cuma ada juga dibekalkan dengan ubat gastric ~ kemungkinan untuk counter balik effect negatif dari ubat yang beliau ambil yang boleh menyebabkan keradangan perut.



Kredit:


Doctor Mohd Izzat Che Baharom

Bachelor Of Medicine, Bachelor Of Surgery and Bachelor Of Obstetrics, National University Of Ireland, (Penang Medical College)

  • Berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang kesihatan

  • Pernah berkhidmat di sektor awam Perlis, Kedah & Sabah

  • Menimba pengalaman lebih dari 8 buah klinik swasta di Kedah, Perak dan Selangor sebelum menubuhkan klinik sendiri ( KLINIK FATHI )

  • Medical Officer Obstetric and Gynaecology in 2014 in Hospital Kangar ,Perlis

  • Medical Officer in Paediatric Department at Hospital Lahad Datu, Sabah (2014-2016)

  • Penasihat Kesihatan Olive House Northern Region aktif sejak 2018





9 views0 comments