Tanya Dr: Apa Itu Fatty Liver?

Updated: Sep 14

Fatty liver adalah satu penyakit hati bercirikan pengumpulan sel lemak di hati. Fatty Liver merupakan satu spektrum penyakit hati

  • pengumpulan sel lemak di hati sahaja (steatosis)

  • dengan tanda-tanda kecederaan sel hati (steatohepatitis) dan

  • juga dengan proses pemparutan hati separa (fibrosis) dan

  • akhirnya boleh membawa kepada peringkat sirosis.

Sirosis boleh di definasikan sebagai proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati berpunca dari pelbagai sebab (antaranya fatty liver) dan seterusnya memyebabkan pengurangan fungsi hati dan juga kanser hati atau hepatoma.

Pesakit yang mempunyai fatty liver telah di kenal pasti mempunyai ciri-ciri histopatologi (mikroskopik) hati seperti seorang peminum alkohol walhal mereka tidak pernah minum alkohol, atau pun pengambilan alkohol tersebut tidak signifikan.


Pesakit tipikal fatty liver adalah seseorang yang mempunyai masalah obesiti, diabetes mellitus, darah tinggi, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride) atau keseluruhannya mempunyai tanda-tanda pengidap `sindrom metabolik`. Walau bagaimana pun, fatty liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.


Kajian-kajian terdahulu mendapati bahawa fatty liver di kesan dalam 20 % populasi penduduk di Amerika Utara dan Eropah. Manakala di rantau Asia Pasifik, kadar fatty liver di Jepun adalah sebanyak 30 % dalam tahun 2004. Lingkungan umur pesakit fatty liver adalah 40-49 tahun dan ianya kerap berlaku di kalangan kaum lelaki.


Assalamualaikum Dr Izzat,


Info tentang patient. Mohon recommendation untuk pengambilan product olive house. Tq.

Masalah hati, kencing manis, kolestrol. (Awal tahun 2019).

  1. Umur: 43

  2. Jantina: Lelaki

  3. Pekerjaan: Guru

  4. Ubatan, Metformin HCI 500mg tablet (1.5 biji) & Gemfibrozil 300mg Cap (1 biji). Kedua dua ubat pengambilan 2x sehari

  5. Menu Makanan Harian Secara umum.

- Sarapan: nasi goreng/bihun/mee/koay teow

- T/Hari: nasi/lauk/sayur

6. Pola Tidur: 6-8 jam


JAWAPAN

Kemungkinan pesakit alami fatty liver. Common dengan pesakit yang ada masalah kencing manis dan pada masa yang sama beliau juga ada masalah high cholesterol.


Saranan ringkas untuk masalah fatty liver / diabetes / high cholesterol






1. Puasa sunat isnin khamis setiap minggu

(pastikan pngambilan air mncukupi).









2. Elakkan makanan proses dan berminyak.










3. Tinggalkan gula putih.










4. Lazimi beberapa produk Olive House: ~ Olivie Plus 30x

~ Jus delima

~ Madu Krgyzstan

~ Cuka teen.



5. Berbekam.

Kebaikan berbekam:

-Melancarkan aliran darah

-Melegakan penyakit-penyakit reumatik/sendi kronik

-Merawat kondisi kulit kronik

-Rawatan sampingan tekanan darah tinggi

-Mengurangkan tekanan/stres dan kemurungan

-Membantu mengurangkan tekanan otot dan badan




Reference

http://www.myhealth.gov.my/hati-berlemak/


Credit


Doctor Mohd Izzat Che Baharom

Bachelor Of Medicine, Bachelor Of Surgery and Bachelor Of Obstetrics, National University Of Ireland, (Penang Medical College)

  • Berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang kesihatan

  • Pernah berkhidmat di sektor awam Perlis, Kedah & Sabah

  • Menimba pengalaman lebih dari 8 buah klinik swasta di Kedah, Perak dan Selangor sebelum menubuhkan klinik sendiri ( KLINIK FATHI )

  • Medical Officer Obstetric and Gynaecology in 2014 in Hospital Kangar ,Perlis

  • Medical Officer in Paediatric Department at Hospital Lahad Datu, Sabah (2014-2016)

  • Penasihat Kesihatan Olive House Northern Region aktif sejak 2018




#OliveHouseNorthernRegion #FattyLiver #OliviePlus30x #JusDelima #MaduKrgyzstan #CukaTeen#MinyakZaitun


9 views0 comments

Recent Posts

See All