Tanya Dr: Hernia


Hernia adalah celah di dinding otot ini yang membolehkan kandungan di dalam perut menonjol ke luar. Terdapat pelbagai jenis hernia, tetapi hernia yang paling biasa berlaku di kawasan perut atau pangkal paha.
Hernia

SOALAN


Assalamualaikum Dr Izzat. Mohon pencerahan tentang pemakanan yg sesuai untuk pesakit hernia.

1. Tiada masalah lain 2. Umur : umur 10 tahun. 3. Jantina : lelaki 4. Pekerjaan : pelajar 5. Ubat2 an yang diambil : tiada 6. Jenis Produk Olive House yang Sudah diambil : tiada 7. Cara Pengambilan Produk Olive House : tiada

8. Menu Makanan Harian Secara umum : biasa aktif bermain bola. 9. Pola Tidur : 10 mlm

Mohon nasihat dan pandangan doktor.

Terima Kasih



JAWAPAN

Waalaikumussalam wbt.


Hernia ada beberapa jenis ya. Cumanya tiada makanan yang jelas secara terus dapat menyembuhkn melainkan mungkin dapat mengurangkan penyebab ataupun risk untuk hernia bertambah buruk.


Hernia merupakan masalah struktur ataupun masalah fizikal pada bahagian-bahagian tertentu tubuh sehingga menyebabkan sebahagian daripada organ ataupun tisu-tisu keluar dari tempat asalnya dalam tubuh.


Umbilical hernia

( usus yang terkeluar melalui pusat/hanya di lindungi oleh lapisan kulit dan beberapa fascia kerana ada defect ataupun kekurangan pada bahagian otot yang sepatutnya sudah bercantum ataupun tutup secara sempurna)


Inguinal hernia Disebabkan ~ defect pada abdominal Wall muscle. Ataupun otot bahagian abdomen. Yang menyebabkan usus keluar dari cavity ataupun region yang sepatutnya is berada. Cumanya ada beberapa pecahan lg utk inguinal hernia ~ direct @ indirect

Namun bila kita jelas yang ia disebabkan defct pada abdominal Wall. Maka jalan terbaik utk pulihkn dalam kes ini adalah operation.


Namun dari sudut pengambilan makanan-makanan yang baik untuk Olive House produk. Boleh halusi lagi apa sebenarnya risk beliau untuk develop hernia.


Adakah sembelit yang chronic ~ tekanan yang berulang-ulang dan berlanjutan pada otot perut akibat sembelit?

Adakah batuk yang chronic? ~ alasan yang sama/ tekanan yang berlanjutan pada otot perut /abdomen

Adakah kerap angkat barang-barang berat? ~ tekanan y berlanjutan pd otot abdomen.


Jelaskn dulu risk apa yang beliau ada dan berikan saranan untuk hilangkan ataupun kurangkn risk yang ada.


Sebagai contoh;

  • Jika kerap batuk ~ sarankan untuk batuk dengan madu, zaitun dan BSO. Asasnya Delima&cuka teen juga baik tuk tambahan

  • Jika sembelit Contohnya ~zaitun, cuka teen, air yang mencukupi




Bgitu juga untuk kes-kes ataupun risk-risk yang lain.

Jika hernia ini merupakan masalah sejak lahir.

Congenital causes. Maka yang terbaik adalah operation jika perlu. Saranan asas adalah utk tidak mencetuskan risk-risk yang lebih ataupun baru yang boleh menerukkan lagi hernia yang sudah terjadi.


Kredit


Doctor Mohd Izzat Che Baharom

  • Bachelor Of Medicine, Bachelor Of Surgery and Bachelor Of Obstetrics, National University Of Ireland, (Penang Medical College)

  • Berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang kesihatan

  • Pernah berkhidmat di sektor awam Perlis, Kedah & Sabah

  • Menimba pengalaman lebih dari 8 buah klinik swasta di Kedah, Perak dan Selangor sebelum menubuhkan klinik sendiri ( KLINIK FATHI )

  • Medical Officer Obstetric and Gynaecology in 2014 in Hospital Kangar ,Perlis

  • Medical Officer in Paediatric Department at Hospital Lahad Datu, Sabah (2014-2016)

  • Penasihat Kesihatan Olive House Northern Region aktif sejak 2018






2 views0 comments

Recent Posts

See All