Tanya Dr: Keradangan Usus, Rawatan dan Cara Pemakanan Sihat!

Updated: Oct 22


Radang usus juga dikenali sebagai Inflammatory bowel disease (IBD) dan ia merupakan satu kumpulan masalah usus disebabkan keradangan yang berpanjangan. Saluran permakanan adalah merangkumi mulut, esofagus, perut, usus kecil dan usus besar. Fungsinya adalah untuk mencernakan makanan, menyerap nutrien dan membuang bahan buangan yang tidak digunakan oleh badan. Radang ini boleh berlaku pada mana-mana bahagian saluran permakanan dan ia boleh menyebabkan kesakitan yang teruk malah boleh menyebabkan kematian. JENIS KERADANGAN USUS Terdapat 2 jenis masalah keradangan usus iaitu : 1. Ulcerative colitis: adalah keradangan bahagian usus besar dan rektum. Ia melibatkan lapisan usus paling dalam sekali

2. Crohn’s disease: Keradangan jenis ini boleh berlaku pada mana-mana bahagian saluran pencernaan

TANDA KERADANGAN Simptom bagi kedua-dua jenis keradangan usus ini selalunya adalah sama. Simptom tersebut adalah: 1. Cirit-birit 2. Demam dan badan lemah 3. Sakit perut 4. Berak berdarah 5. Kurang selera makan 6. Berat badan berkurangan PUNCA-PUNCA 1. Genetik

2. Masalah sistem imun Sel pertahanan badan menyerang sel badan sendiri menyebabkan kawasan tersebut sentiasa berlaku keradangan. (Autoimmune Disease) 3. Merokok

4. Pemakanan KOMPLIKASI 1. Kanser usus: Penyakit radang usus meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat kanser usus. Selalunya pesakit perlu menjalani pemeriksaan usus melalui kamera secara berkala. Ia penting untuk mengesan kanser tersebut sebelum ia merebak ke tempat lain.

2. Keradangan pada kulit, mata dan sendi: Mereka yang mengalami masalah ini juga mempunyai risiko untuk mengalami keradangan di kawasan lain seperti mata, kulit dan sendi pesakit.

3. Malnutrisi: Pesakit selalunya akan mengalami cirit-birit menyebabkan serapan nutrien pada bahagian usus tidak begitu cekap. Oleh itu, pesakit mudah mengalami kekurangan nutrisi.

4. Usus bocor: Disebabkan keradangan yang berterusan, usus pesakit lebih mudah pecah dan bocor. Jika isi usus keluar ke dalam ruangan abdomen, pesakit selalunya akan mengalami sakit perut yang teruk, demam dan menjadi sangat tenat.

UJIAN PEMERIKSAAN


1. Ujian darah

Ujian yang selalu dilakukan adalah ujian full blood count dimana kita melihat bilangan sel darah. Selalunya mereka yang mengalami masalah radang usus ini akan mengalami kekurangan darah merah kerana ususnya tidak dapat menyerap nutrisi yang secukupnya.



2. Pemeriksaan Endoskop


Selalunya doktor akan melakukan endoskop jenis colonoscopy iaitu memasukkan kamera melalui dubur. Ia digunakan untuk melihat permukaan dalam usus besar dan sampel boleh diambil untuk mengesahkan sama ada usus sedang mengalami keradangan ataupun tidak.







RAWATAN


Tujuan rawatan untuk masalah ini adalah dengan cara mengurangkan keradangan usus yang menyebabkan simptom pada pesakit. Dengan rawatan ini, ia bukan sahaja mengurangkan rasa sakit, tetapi ia juga boleh mengurangkan komplikasi yang bakal dihadapi oleh pesakit. 1. Ubat anti-keradangan

Ubat anti keradangan yang selalu diberikan adalah berasaskan corticosteroid dan juga aminosalicylates. Ia boleh mengurangkan keradangan pada kawasan yang terbabit. 2. Ubat perencat sistem imun

Ubat ini bertindak dengan cara mengurangkan keradangan yang disebabkan sel imun badan. Dengan merencat sel imun badan, sel tersebut tidak akan dapat menghasilkan faktor yang menyebabkan keradangan. Beberapa jenis ubat tersebut adalah azathioprine, cyclosporine dan methotrexate 3. Antibiotik

Antibiotik hanya akan diberikan jika didapati terdapat jangkitan kuman di dalam usus. 4. Pembedahan

Jika diet dan juga ubat tidak boleh mengurangkan simptom radang usus anda, doktor selalunya akan mencadangkan pembedahan :


a) Pembedahan untuk ulcerative colitis: Pembedahan untuk menghilangkan masalah ini bermaksud dengan membuang semua usus besar berserta rektum.


b) Pembedahan untuk Crohn’s disease: Pembedahan hanya melibatkan saluran pencernaan yang mengalami masalah tersebut sahaja. Kemudian saluran tersebut akan disambung semula.



MAKANAN YANG SESUAI

Terdapat bukti yang kukuh menunjukkan makanan menjadi punca menyebabkan penyakit ini tercetus. Disini terdapat beberapa cadangan untuk pesakit:




1. Kurang makanan berasaskan susu: Kebanyakan pesakit ini selalunya mengalami cirit-birit dan pengambilan susu akan menyebabkan simptom tersebut semakin menjadi lebih teruk.










2. Ambil makanan yang mengandungi lemak sihat seperti minyak zaitun, omega 3 dan dan vitamin E.







3. Elakkan makanan pedas









4. Minum air secukupnya


Air mineral kebiasaanya berpunca daripada bawah tanah, khas dihasilkan untuk tujuan minuman harian. Seperti yang dinyatakan, air mineral kebiasaaanya pasti mempunyai kandungan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan sodium.








5. Amalkan vitamin C, vitamin D dan vitamin E.











Sumber:

What is inflammatory bowel disease (IBD)? Centers for Disease Control and Prevention. Overview of inflammatory bowel disease. The Merck Manual for Health Care Professionals. IBD overview. American College of Gastroenterology.


Kredit:











Dr Zubaidi Hj Ahmad

Doktor Perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan

dan Pemakanan



#OliveHouseNorthernRegion #KeradanganUsus #OliviePlus30x

12 views0 comments