Tanya Dr: Sembelit Bila Amal Minyak Zaitun?



Soalan:


Assalamualaikum Dr Izzat,

Sejak amalkan minyak Zaiton awak ni 2 perkara berlaku .

1. Sembelit

2. Susah tidur hanya 3 jam shj tidur.

Jawapan:


Waalaikumsalam wbt,


Yang ini kena halusi balik pada pemakanan beliau ya.

Jelas Rata-rata yang amalkan zaitun semata-mata, kurang pengambilan air. Sembelit itu antara complaint yang kerap kita dapat. Tapi di sini banyak faktor lain yang perlu dibetulkan.


Sebagai Contohnya; Apa jadi kalau kita basuh dgn sabun semata-mata pinggan yang kotor. Bukankah nanti pinggan itu akan melekit-lekit dengan sabunnya. Apatah lagi jika kotoran pinggan tu dengan saki baki yang kotor dan kental kotorannya. Di sini perlu tak air yang mencukupi? Perlu tak serat-serat yang banyak ibaratkan sponge ataupun berus untuk memberikan kesan cucian yang lebih baik? Perlu jelas ya, jika sistem perkumuhan tidak berfungsi lancar. Banyak masalah lain akan timbul despite kita amalkan makanan yang baik sekalipun. Sebab itu setiap dari respon pesakit Contohnya bila beramal dengan beberapa produk. Perlu rujuk semula apa lagi yang lain-lain perlu dibetulkan pada pesakit di sini.


Adakah beliau seorang yang kurang aktif? Banyak pengambilan makanan-makanan proses? Ada masalah Saraf? Diet harian yang kurang Serat dan air?

Jika banyak lagi faktor-faktor lain yang tak dibetulkan. Ia bukan lah semata-mata kesan dari pengambilan zaitun semata-mata ya. Hatta pandangan doktor yang melihat zaitun sebagai supplements juga adalah salah. Zaitun adalah makanan yang sangat baik. Kalau makanan yang sangat baik di suruh tinggalkan.. Adakah cukup dengan makanan-makanan yang merosakkan disuruh beramal jika hendak SIHAT. Tanyakan semula pada pesakit. Adakah dia terima? Kita ada lemak sebagai salah satu kelas makanan yang perlu diambil cuma ramai yang salah dalam pengambilan jenis lemak. Lemak sihat adalah minyak zaitun.


Kredit:


Doctor Mohd Izzat Che Baharom

Bachelor Of Medicine, Bachelor Of Surgery and Bachelor Of Obstetrics, National University Of Ireland, (Penang Medical College)

  • Berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang kesihatan

  • Pernah berkhidmat di sektor awam Perlis, Kedah & Sabah

  • Menimba pengalaman lebih dari 8 buah klinik swasta di Kedah, Perak dan Selangor sebelum menubuhkan klinik sendiri ( KLINIK FATHI )

  • Medical Officer Obstetric and Gynaecology in 2014 in Hospital Kangar ,Perlis

  • Medical Officer in Paediatric Department at Hospital Lahad Datu, Sabah (2014-2016)

  • Penasihat Kesihatan Olive House Northern Region aktif sejak 2018




21 views0 comments

Recent Posts

See All