Tanya Dr: Tahukah Anda Apa Itu Nephrotic Syndrome?

Updated: Oct 18

Nephrotic Syndrome adalah gangguan buah pinggang yang menyebabkan badan anda mengeluarkan terlalu banyak protein dalam air kencing anda.


Nephrotic Syndrome biasanya disebabkan oleh kerosakan pada saluran-saluran darah kecil di buah pinggang anda yang menyaring sisa dan lebihan air dari darah anda. Keadaan ini menyebabkan pembengkakan, terutama pada kaki dan pergelangan kaki, dan meningkatkan risiko masalah kesihatan yang lain.


Rawatan untuk Nephrotic Syndrome termasuk merawat keadaan yang menyebabkannya dan mengambil ubat. Sindrom nefrotik dapat meningkatkan risiko jangkitan dan pembekuan darah. Doktor anda mungkin mengesyorkan ubat dan perubahan diet untuk mencegah komplikasi.


SOALAN


Assalamualaikum Dr Izzat,

Boleh bantu pesakit ni. Sekarang tengah admit wad di Kpj Shah Alam.

Mengalami simptom2 berikut:

  • kaki bengkak

  • muka bengkak

  • perut bengkak ( Tak selesa)

Di Kpj Dr bagi ubat drip untuk keluarkan air dalam badan. Dr baru plan nak buat Xray/scan di bahagian perut/buah pinggang.


Info pesakit: 1. Diagnosis Klinikal: nephrotic syndrome (2bulan) 2. Umur- 35 tahun 3. Jantina- perempuan 4. Pekerjaan - guru 5. Ubat2 an yang diambil - ubat kolesterol 6. Jenis Produk Olive House yang Sudah diambil - olivie, cuka teen, habatussauda (kadang2) 7. Cara Pengambilan Produk Olive House- sehari 1 kali/2kali 8. Menu Makanan Harian Secara umum- nasi, lauk, sayur, buah, bihun, kuih muih 9. Pola Tidur- 7 jam



JAWAPAN


Waalaikumussalam wbt.


Kes nephrotic syndrome di kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang jika penyakit ini tidak dikawal dari awal-awal. Punca sebenar penyakit ini pun masih dalam kategori idiopathic ( tidak diketahui puncanya) bagi kes primary nephrotic syndrome.


Manakala kes secondary nephrotic syndrome ini biasanya jadi komplikasi selepas jangkitan tertentu. Bagi orang dewasa, punca yang common untuk secondary nephrotic syndrome ini lebih kepada metabolic disease. Contohnya: kencing manis.

Apa-apa pun memadai kita fahami yang nephrotic syndrome boleh terjadi disebabkan masalah ginjal itu sendiri (primary cause) ataupon disebabkan penyakit lain (secondary cause) ~seperti kencing manis, SLE, kanser etc. Baik, InshaaAllah bagi pesakit kanak-kanak ini.


Antara yang beliau alami bila didiagnosis nephrotic syndrome:

  • Hypoalbuminemia( rendah albumin dalam darah)

  • Hypercholesterolemia (tinggi cholesterol dalam darah)

  • Edema (bengkak pd fizikal ~Kebiasannya pada kaki, muka, scrotum, tangan, perut)

Sangat-sangat dianjurkan untuk teruskan diet yang sihat dan elakkan pemakanan proses seperti yang telah diamalkan InshaaAllah. Selebihnya Anjuran dlm produk OH. Boleh sarankan:

  • Olivie30x 1 sudu kecil 2x@3x sehari

  • Jus delima@ pati delima satu gelas kecil ~50ml sehari sekali 2x @ satu sudu kecil pati 2x @ 3x sehari

  • Madu Krygyzstan~1 sudu kecil 2x sehari.


InshaaAllah boleh adjust mengikut kesesuaian. Contohnya ketika tidak sihat seperti dijangkiti kuman. Boleh naikkan kekerapan produk Olive House. Bila kes stabil boleh mantain pengambilan minima. Ini hanyalah saranan. Bukan guidelines ya. So adjust ikut juga kesesuaian kondisi ekonomi pesakit supaya mereka istiqamah dlm. Mengamalkan untuk jangka masa yang lama. Selebihnya banyakkan lazimi bacaan doa-doa syifa. InshaaAllah doa. Atas izinNya kesembuhan akan hadir.



Credit


Doctor Mohd Izzat Che Baharom

Bachelor Of Medicine, Bachelor Of Surgery and Bachelor Of Obstetrics, National University Of Ireland, (Penang Medical College)

  • Berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang kesihatan

  • Pernah berkhidmat di sektor awam Perlis, Kedah & Sabah

  • Menimba pengalaman lebih dari 8 buah klinik swasta di Kedah, Perak dan Selangor sebelum menubuhkan klinik sendiri ( KLINIK FATHI )

  • Medical Officer Obstetric and Gynaecology in 2014 in Hospital Kangar ,Perlis

  • Medical Officer in Paediatric Department at Hospital Lahad Datu, Sabah (2014-2016)

  • Penasihat Kesihatan Olive House Northern Region aktif sejak 2018



#OliveHouseNorthernRegion #OliviePlus30x #JusDelima #PatiDelima #MaduKrygystan #NephroticSyndrome


11 views0 comments

Recent Posts

See All